KPTM Bangi
02 November 2011
![]() |
Kolej Poly-Tech MARA cawangan Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1988 di atas tanah berkeluasan sekitar 25 hektar di kawasan Teras Jernang, Bangi. Kampus yang agak luas ini boleh kelihatan (buat masa ini) dari Plaza Tol Bangi/UKM apabila pengunjung berhenti untuk membuat bayaran tol tersebut. Untuk ke kampus, pengunjung perlu melalui bulatan pertama selepas tol dengan mengambil selekoh kanan (i.e. simpang kanan/'pukul 3.00' di bulatan tersebut). Di akhir jalan itu nanti, pengunjung akan nampak satu kompleks asrama yang berwarna oren di sebelah kiri. Kompleks asrama ini adalah asrama bagi pelajar-pelajar KPTM Bangi yang dipanggil Desasiswa KPTM Bangi. Berhadapan dengan kompleks asrama ini adalah kawasan perniagaan gerai-gerai makanan untuk kemudahan pelajar-pelajar mendapatkan makanan pelbagai pilihan dan juga padang bolasepak kampus UniKL-MFI di hujung jalan. Kedudukan kampus KPTM Bangi adalah bersebelahan dengan kampus UniKL-MFI Bangi. Bersebelahan dengan Desasiswa ini terletaknya Masjid As-Solihin, Teras Jernang yang boleh kelihatan dengan jelas dari lebuhraya PLUS. Untuk ke kampus pentadbiran dan kompleks akademik, pengunjung perlu membelok ke kanan di simpang tiga di hadapan Desasiswa terebut dan terus ke hadapan dalam 200 meter sebelum sampai ke pintu masuk KPTM Bangi di sebelah kanan. KPTM Bangi mempunyai seramai 135 kakitangan akademik dan 60 kakitangan bukan akademik. KPTM Bangi mampu menampung seramai 3500 bilangan pelajar pada satu-satu masa. Buat masa ini KPTM Bangi menawarkan 3 peringkat program iaitu peringkat Pra-Diploma, Diploma dan Ijazah Pertama (Degree). Program-program tersebut adalah :
Pengambilan adalah 2 kali setahun iaitu pengambilan Mei/Jun dan pengambilan Disember/Januari. Permohonan boleh dibuat melalui online dengan klik di SINI. |






