UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Posted in Uncategorised

anisa2  munirah2

russamahwani2

LATAR BELAKANG

Unit Kaunseling dikendalikan oleh dua orang kaunselor berdaftar dan seorang kerani. Kedudukan Unit ini di Blok C bersebelahan Unit Hal Ehwal Pelajar. Bersesuaian dengan namanya, Unit ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya Sahsiah bagi mewujudkan graduan yang bersifat holistik.

PERANAN DAN FUNGSI UNIT

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Kaunseling adalah:

  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling / Bimbingan  Individu.
  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling kelompok/ Bimbingan Kelompok.
  • Perkhidmatan Konsultasi.
  • Penggunaan dan Interpretasi  Alat Ujian Psikologi.
  • Program Kaunseling dan Kerjaya Pelajar.
  • Program-program Pembangunan Sahsiah Diri.

WAKTU BERURUSAN

Isnin –Khamis

8.30pg – 1.00tgh
2.00ptg -5.30ptg

Jumaat

8.30pg-12.30tgh
2.45ptg-5.30ptg