Sektor Penjadualan dan Peperiksaan

Ditulis oleh Pentadbir. Posted in Uncategorised

jamilah2

jaida2

zarina2  azizul2

SEKTOR PENJADUALAN DAN PEPERIKSAAN (SPP) adalah satu unit di Bahagian Akademik yang mengurus dan menyelaraskan hal ehwal penjadualan kuliah pelajar serta urusan yang berkaitan dengan peperiksaan akhir sehinggalah kepada keputusan peperiksaan dan penyediaan transkrip pelajar.

SPP juga mengendalikan pendaftaran pelajar bagi peperiksaan Malaysian University Entrance Test (MUET) yang diadakan tiga kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. KPTM Bangi merupakan salah sebuah pusat bagi peperiksaan MUET.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Sektor Penjadualan dan Peperiksaan adalah:

  1. Penjadualan Kuliah.
  2. Penjadualan Peperiksaan Akhir
  3. Surat Pengesahan Tamat pengajian
  4. Transkrip Keputusan Peperiksaan
  5. Pendaftaran MUET

Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap kepada pihak yang berkepentingan, terutamanya kepadpelajar, ibubapa , kakitangan, bahagian-bahagian lain di KPTM serta jabatan-jabatan di luar KPTM.