OPERASI SANITASI KPTM BANGI

LAPORAN SANITASI JULAI 2020

Operasi sanitasi / nyahkuman di KPTM Bangi telah diadakan secara harian bermula 15 Julai 2020. Operasi ini melibatkan staf, pekerja pencucian, pekerja lanskap dan pengawal keselamatan KPTM Bangi.

Pematuhan SOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi sepenuhnya iaitu petugas memakai pakaian perlindungan diri (PPE) semasa bertugas dan hanya mereka yang berusia di bawah 35 tahun terlibat di dalam operasi. Bahan yang digunakan ialah dettol untuk sanitasi dalaman dan campuran Clorox dan air untuk sanitasi luaran.

Kawasan-kawasan yang disanitasi adalah seperti berikut:

  • Bilik Kuliah
  • Gimnasium
  • Gelanggang
  • Dewan
  • Pejabat
  • Perpustakaan
  • Studio
  • Surau
  • Tandas
  • Kafe 
  • Kenderaan
  • Asrama
  • Persekitaran Luar (Sabtu sahaja)

Selain daripada operasi harian tersebut, pihak kolej juga telah mengadakan operasi sanitasi kepada pelajar-pelajar yang baru pulang ke asrama selepas Hari Raya Aidil Adha pada 2 Ogos 2020. Semoga inisiatif ini dapat mengekang penularan pandemik Covid-19 di KPTM Bangi khususnya dan di Malaysia amnya. 

          

          

          

 

Disediakan oleh:

Dzulkarnain Hassan

Wakil JKKP

KPTM Bangi

 

 

                  

           

 

 

                

 

 

 

 

 

 

 

             

 

 

          

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING