Cetak

KERJA SENGGARAAN DAN NAIK TARAF RANGKAIAN TM

Adalah dimaklumkan satu kerja senggaraan dan menaiktaraf firmware perkakasan Rangkaian di Pusat TM di Cyberjaya akan di laksanakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh  : 19 September 2020 (Sabtu)
Tempoh Masa  : 10 pagi - 4 petang 
Downtime  : 6 jam 
Cawangan yang terlibat  : KUPTM/KPTM seluruh Malaysia
Lokasi senggaraan dilakukan : TM Data Center, CBJ 8, Cyberjaya  
 
Kerja-kerja senggaraan tersebut perlu di laksanakan  bagi membolehkan sistem rangkaian KPTM berfungsi dengan baik dan lancar. 
 
Berikutan itu,  akan berlaku gangguan capaian talian Internet  dan wifi di semua kampus KPTM dan KUPTM selama tempoh senggaraan berlangsung. Gangguan capaian termasuk capaian ke sistem-sistem di KPTM Ibu pejabat termasuk Laman Web KPTM dan Kampus Cawangan, sistem EP2P, Sistem Century dan lain-lain sistem.
 
Diharapkan semua pihak maklum akan perkara ini dan pihak JTM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat kerja senggaraan tersebut.

Sekian terima kasih.