Mukim Kajang, Selangor telah disenaraikan sebagai kawasan ZON MERAH pandemik Covid-19 sepertimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan secara langsung telah melibatkan lokaliti KPTM Bangi sendiri.

Merujuk kepada pekeliling JPT/GS 1000-519 Jld.5(53) bertarikh 26 Oktober 2020 dan perbincangan saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan Pengarah Kanan Sumber Manusia KPTM, adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian KPTM Bangi akan DITUTUP UNTUK SEMENTARA bermula daripada 28 Oktober 2020 (Rabu) hingga satu pemakluman pengoperasian semula diumumkan oleh kerajaan.

Sehubungan ini, semua kakitangan KPTM Bangi dikehendaki bekerja dari rumah (WFH) pada tarikh berkenaan. Walau bagaimanapun kakitangan akademik yang terlibat dengan peperiksaan akhir pelajar homegrown hendaklah hadir bertugas dalam kuantiti yang minima seperti yang telah dipekelilingkan oleh pihak ibu pejabat KPTM.

Sekian untuk makluman dan tindakan semua.

PENGARAH
KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
27 OKTOBER 2020

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KPTM BANGI

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . RESILIENT . BLESSED