Cetak

TATACARA PERMOHONAN TRANSKRIP RASMI PELAJAR UiTM 

BAGI GRADUAN YANG TAMAT & TIDAK HADIR PADA ISTIADAT  KONVOKESYEN UiTM  

A. PERMOHONAN SECARA HADIR KE PEJABAT BAHAGIAN REKOD PELAJAR DAN KONVOKESYEN  PEJABAT PENDAFTAR UiTM SHAH ALAM :- 

1.Graduan yang tidak hadir pada Istiadat Konvokesyen, anda dikehendaki membuat bayaran terlebih  dahulu di Bank Islam Malaysia Berhad sahaja (cetak Bil di Student Portal UiTM) pembayaran melalui  pos tidak diterima.  

2.Bagi graduan yang tidak berkesempatan mengambil skrol dan transkrip akademik atau tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, ianya hendaklah dituntut dalam tempoh 90 hari selepas tarikh Istiadat Konvokesyen berlangsung. Sila kemukakan salinan bil bayaran yuran graduan (Bil Pelajar di Student Protal UiTM) apabila berurusan mendapatkan skrol dan transkrip akademik. 

3.Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara  mengemukakan dokumen berikut:- 

Surat wakil/kebenaran; 

Salinan MyKad graduan; 

Salinan MyKad wakil; dan 

Salinan resit bayaran. 

4. Bagi graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, skrol dan transkrip tidak diposkan kepada mereka kecuali setelah membuat permohonan rasmi secara bertulis atau mengisi BORANG TUNTUTAN SKROL dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan resit bil bayaran konvokesyen dan  alamat terbaru. Tiada apa-apa bayaran termasuk bayaran pos dikenakan. Harap maklum bahawa  pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan skrol dan transkrip yang dituntut  melalui pos. 

5.Sebarang pertanyaan dan bantuan mohon hubungi kami di talian seperti berikut :- 

Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen 

Pejabat Pendaftar 

Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) 

Universiti Teknologi MARA 

40450 Shah Alam 

Selangor, MALAYSIA 

https://goo.gl/maps/kjHYn5dxLhrxSF7q6 

Telefon: +603-5544 3131 

Faks: +603-5544 3111 

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

B. PERMOHONAN SECARA ONLINE :

Sila layari : - https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm

kemudian, klik button New Application 

Isikan Borang dan Pilih Cara Tuntutan 

Muatnaik Salinan Kad Pengenalan yang disahkan dalam format PDF dan klik Submit Application! 

Bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online. 

Semak bil anda di Portal Pelajar.  

TATACARA PERMOHONAN TRASKRIP RASMI PELAJAR UiTM

***************************************************************************************************

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SUSULAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) 

Sila ambil maklum bahawa Kaunter Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen ditutup dari 7 hingga 20 Disember 2020. Kami akan kembali beroperasi semula seperti biasa apabila PKPB tamat. 

Sumber : https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/