Virtual Innovation Competition (VICE) 2021 ialah pertandingan inovasi peringkat dalaman yang terbuka hanya kepada warga KPTM Bangi

Tema bagi VICE kali ini ialah : Membudayakan Organisasi Berinovasi Pasca Covid-19. 

Bekerja dalam norma baharu, pasca Covid-19 merupakan cabaran yang sepatutnya dilihat sebagai pemangkin kepada proses kerja yang efisien, menyuburkan budaya teknologi hijau serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pertandingan inovasi ini bertujuan untuk memupuk budaya berinovasi tinggi dalam kalangan warga KPTM dengan melihat masalah sekeliling sebagai peluang untuk mencari penyelesaian yang lebih kreatif dan inovatif.

Tarikh akhir pendaftaran penyertaan ialah pada 5 Disember 2021 dan tarikh akhir penghantaran dokumen lengkap penyertaan ialah pada 20 Disember 2021.

Butiran lanjut tentang program ini, serta kategori yang dipertandingkan boleh dicapai di link : 

https://sites.google.com/gapps.kptm.edu.my/vice2021 
.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING