Info Korporat

POLISI JKPP

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
KPTMSB komited terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk mengurangkan bahaya dan semua punca bahaya di samping melahirkan suasana kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada segala ancaman penyakit. Dasar dirangka juga melibatkan semua pihak yang berurusan dengan KPTMSB terutama kakitangan pengurusan, pelajar, ibubapa pelajar, pembekal, kontraktor dan sub kontraktor yang dilantik mesti mematuhi segala keperluan perundangan.
OBJEKTIF
Objektif polisi ini adalah untuk memastikan setakat yang praktik, KPTMSB akan melindungi semua pihak yang berurusan dengan KPTMSB dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
STRATEGI

Dalam usaha untuk memastikan objektif polisi tercapai, setakat yang praktik KPTMSB akan berusaha untuk:-

i.  Menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat daripada kecederaan, penyakit, kemusnahan harta benda dan kematian;
ii. Melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan persekitaran yang memenuhi kehendak 
  perundangan;
iii.  Memupuk budaya kerja selamat, kondusif dan sihat sebagai amalan di kolej-kolej KPTM berpandukan kefahaman, 
  tanggungjawab dan pengaturan kendiri;
iv. Bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi luar untuk memperkukuhkan perlaksanaan operasi dan pentadbiran;
v.  Memastikan penyampaian maklumat berada di dalam keadaan terbaik dengan meningkatkan komunikasi dua hala;
vi. Mempergiatkan latihan dan kempen bagi menyerlahkan kompetensi dan pemahaman; dan
vii.  Menyemak polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berkala.

 

Semua pekerja perlu memainkan peranan masing-masing untuk mematuhi segala strategi yang telah dirancang oleh majikan untuk mencapai objektif polisi ini.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING