BANGI, 8 OGOS 2019, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah mengadakan Majlis Perasmian BS Gym & Fitness yang melibatkan semua kakitangan dan juga pelajar dari program Diploma Pengurusan Sukan (BS101).

Tujuan utama penubuhan gymnasium ini adalah untuk memenuhi kepeluan kursus bagi program Diploma Pengurusan Sukan (BS101) yang ditawarkan di KPTM Bangi. Dengan seramai 900 pelajar kursus Diploma Pengurusan Sukan (BS101), gymnasium ini wajar ditubuhkan supaya dapat melengkapkan lagi proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P) bagi kursus yang ditawarkan.

Majlis telah dirasmikan pada jam 2.30 petang oleh YBhg Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM. Dalam ucapannya, beliau menyuarakan pendapatnya bahawa kewujudan gymnasium ini adalah satu inisiatif yang baik bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan kakitangan dan pelajar KPTM Bangi. Beliau turut memesan supaya gymnasium diurus dengan baik bagi mengelakkan kerosakan.

Seramai 1000 orang pelajar, staf dan jemputan hadir bagi menyaksikan sendiri majlis yang penuh bersejarah ini. Penampilan Khas iaitu Bekas Jaguh Dunia Sukan Bina Badan, Encik Sazali Samad yang juga merupakan Ikon kepada BS Gym & Fitness dapat memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini.

Juga terdapat pelbagai acara yang menarik turut disediakan kepada pengunjung; antaranya ialah Pertandingan Aerofit, Sports Massage, Archery ‘Fun Shoot’, E-Sport Games, dan Body Builder Show – yang telah dijalankan ketika majlis perasmian gimnasium berlangsung sebagai tanda penghargaan kepada Encik Sazali Samad.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . RESILIENT . BLESSED