BANGI, 15 Oktober 2019 : Majlis Hi Tea KPTM Bangi bersama Industri 2019, telah diadakan di Bangi Resort Hotel. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Kolaborasi Industri Kolej Poly-Tech MARA Bangi. Majlis yang membabitkan industri-industri ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di antara KPTM Bangi dan juga wakil-wakil industri. Pada majlis ini sebanyak 6 kerjasama strategik telah dimeterai. Ianya membabitkan kerjasama strategik diantara KPTM Bangi bersama:-

1- Pusat Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS)
2- Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS)
3- Putrajaya International Convention Centre(PICC)
4- SMK Bandar Seri Putra
5- SMK Saujana Utama Sg. Buloh
6- SMK Bandar Damai Perdana

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . RESILIENT . BLESSED