KUANTAN, 15 Oktober 2019 : KPTM Bangi muncul pasukan tunggal berstatus kolej swasta beraksi di Liga Super di Kejohanan Liga Futsal IPT 2019 yang melabuhkan tirai di UIA, Kuantan.

Pada kejohanan tersebut KPTM Bangi merangkul tempat Naib Johan Keseluruhan dan membawa balik wang tunai bernilai RM5,000. Untuk info edisi kali ini berlangsung sebanyak 3 Fasa. Fasa 1 telah berlangsung pada 26-29 April 2019 di UPSI, Perak. Fasa 2 berlangsung di USM Pulau Pinang pada 5-7 Oktober lepas dan Fasa 3 di UIA Kuantan pada 13-14 Oktober 2019.

KPTM Bangi juga telah memenangi anugerah khas iaitu Penjaga Gol Terbaik Kejohanan. Anugerah ini telah dimenangi oleh pelajar bernama Aman Azizi Hashim. 

Sumber : Facebook Page Liga Futsal IPT 

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . RESILIENT . BLESSED