Pertandingan Inovasi KPTM Bangi 2019 yang telah berlangsung pada 20 Disember 2019 bertempat di Dewan Besar KPTM Bangi sempena Hari Inovasi KPTM Bangi 2019. Program ini telah dirasmikan oleh En.Ramli Mohd Jawi, Pengarah KPTM Bangi.

Sebanyak 26 kumpulan telah menyertai pertandingan Inovasi pada tahun ini. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori Pensyarah, Kategori Eksekutif/Pengurusan dan Kategori Kumpulan Sokongan.

Enam orang Juri Luar telah dilantik untuk mengadili pertandingan ini. Mereka ialah  YBhg. Ts. Dr. Norfaiza binti Fuad (UTHM), YBhg Encik Shahrizan Hayazi Bin Minai (TM R&D), YBhg. Dr. Airuddin Bin Ahmad (KUPTM), YBhg. Ts. Hj. Mohd Erwandi bin Marwan (KPTM Batu Pahat), Puan Siti Hajar Binti Alias (KPTM HQ), Encik Mohamed Ghazali Bin Khairuzzaman (KPTM HQ).

Pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

  • Kategori Pensyarah

Tempat Pertama : Khuraisah Mohd Nasir ( Simple-2-Ways Single Used Examination Slip)

Tempat Kedua : Nor Affidah Yahaya & Norma Mohamad Nor (E-Log Audit)

 

  • Kategori Eksekutif/Pengurusan

Tempat Pertama : Hasnira Md Lazim, Mohd Mazdhan Mohd Amin & Annis Jalil (Recycle Wudhu System in Surau Al-Fateh KPTM Bangi)

Tempat Kedua : Noorliana Alias, Anisa Mohamad Yunos, Noor Afzan Hashim, Rokiah Nayan, Nurhartini Abdul Rahman (Go Green Anyaman)

 

  • Kategori Kumpulan Sokongan

Tempat Pertama : Norazizan Omar@Othman, Noor Farhana Fazhil, Nur Syakila Roslan, Zuhaira Nazrin Zamri, Siti Salwah Chapril (E-Prints)

Tempat Kedua : Norazizan Omar@Othman, Noor Farhana Fazhil, Nur Syakila Roslan, Zuhaira Nazrin Zamri, Siti Salwah Chapril (E-OPAC)

 

TAHNIAH kepada semua pemenang dan para peserta!

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . RESILIENT . BLESSED