Pada 6 Jun 2018 telah berlangsung satu Program Memasak Bubur Lambuk dan Dodol anjuran bersama Kelab Kebajikan dan Kakitangan KPTM Bangi (KEKABA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Bangi.

Program memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan di KPTM Bangi manakala aktiviti memasak dan mengacau dodol merupakan aktiviti yang julung kali diadakan. Program bermula seawal 9.00 pagi di mana kakitangan bersama pelajar bergotong-royong menyiapkan bahan masakan. Program ini juga dirasmikan oleh Pengarah KPTM Bangi En.Ramli Bin Jawi.

Pengagihan bubur lambuk dan dodol dijalankan pada pukul 3.00 petang melibatkan kakitangan KPTM Bangi dan pelajar. Pengagihan dijalankan di sekitar kawasan KPTM Bangi. 

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . RESILIENT . BLESSED