Cetak

PERMOHONAN PINJAMAN MARA TELAH DIBUKA MULAI 31 MAC - 15 APRIL 2022

Pemohon boleh melayari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login

Tindakan yang perlu di ambil pelajar adalah seperti berikut:

1. Menyediakan dokumen sokongan yang lengkap seperti yang ditetapkan oleh pihak MARA. Permohonan yang tidak lengkap TIDAK AKAN MEMPROSES DAN TIDAK DILULUSKAN. (Tiada pembetulan dokumen).
 
2. Mengisi maklumat yang betul ke dalam sistem online dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sila berhati-hati ketika mengisi online tersebut. Permohonan tidak lengkap dan lewat TIDAK AKAN DIPROSES DAN TIDAK DILULUSKAN
 
Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA dan keputusan adalah muktamad.

 

Bersama-sama ini disertakan panduan sebagai rujukan pelajar

Garis Panduan Permohonan -  https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2022/03/Garis-Panduan-TESP-2022.pdf 

Syarat Kelayakan - Program http://online.anyflip.com/shdgj/qbhy/mobile/index.html 

Soalan Lazim - https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2022/03/FAQ-TESP-2022.pdf

Permohonan Dalam Talian - https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login

Manual Sistem - http://online.anyflip.com/shdgj/ftij/mobile/index.html

Senarai Dokumen Sokongan

Setelah anda selesai mengisi online pinjaman, mohon kerjasama pelajar mengisi borang pengesahan untuk semakan dokumen sokongan oleh pihak Kolej https://forms.gle/zAHEdY7jZNAS1dtD7. Sila upload surat pengesahan penghantaran dokumen beserta dengan dokumen sokongan yang dihantar ke MARA .

PERINGATAN :

  1. Pelajar yang berminat dengan pinjaman MARA, ANDA dinasihatkan untuk mengisi borang online dengan teliti dan mematuhi arahan yang diberikan. Kecuaian anda akan menyebabkan permohonan TIDAK AKAN diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.  
  2. Sila pastikan akaun bank yang akan digunapakai untuk permohonan pinjaman MARA tidak mempunyai masalah dan pelajar tidak dibenarkan menukarkan akaun bank semasa proses permohonan kecuali arahan pihak MARA.
  3. Pastikan dokumen sokongan yang disediakan disusun dan lengkap seperti ketetapan oleh MARA.

Sekiranya pelajar mempunyai masalah, sila hubungi kakitangan Unit tajaan melalui group telegram https://t.me/+zJmXqcXGAXtmN2Rl atau nombor telefon dan pegawai yang ditetapkan mengikut program.