Agihan Bubur Lambuk dan Dodol
Alhamdulillah
Pada 25 Februari 2026 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Agihan Bubur Lambuk dan Dodol kepada semua staf dan pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi.
Acara memasak telah bermula seawal jam 9.00 pagi bertempat di foyer, KPTM Bangi dengan suasana penuh semangat, kerjasama dan kemeriahan dalam kalangan warga kampus.
Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama erat para staf KPTM Bangi.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga KPTM Bangi