
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM
Al-Fatihah.
Seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara, Bangi yang bernama Allahyarham Muhammad Annas Iskandar bin Mohd Khairi, pelajar Semester 6 dari jurusan Diploma in Sport Management telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 4 Mei 2025, akibat kemalangan jalan raya.
Beberapa orang wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, mentor, pensyarah dan rakan-rakan pelajar telah menziarahi keluarga arwah pelajar yang menetap di Seremban pada 5 Mei 2025.
Perkongsian kenangan bersama arwah oleh rakan-rakan arwah pelajar sedikit-sebanyak menggembirakan dan mengubat kerinduan ibu bapa arwah.
Wakil-wakil kolej turut menziarahi pusara arwah yang bertempat di Tanah Perkuburan Genting, Kampung Pantai, Negeri Sembilan pada hari yang sama.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah di atas pemergian anakanda tercinta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ