Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

DOAKAN KESEMBUHAN WAN ALIF FARHAN BIN WAN ZAWAKHIR

Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima makluman daripada Mentor pelajar, Puan Rahila bahawa Mentee beliau bernama Wan Alif Farhan bin Wan Zawakhir, pelajar Semester 3 dari program Diploma in Islamic Banking and Finance telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 5 Mei 2025.
 
Kemalangan berlaku sewaktu pelajar dalam perjalanan pulang dari kolej ke rumah sewa yang terletak di Bandar Seri Putra. Kecederaan yang dialami adalah koyakan dan patah kaki sebelah kiri. Pelajar kini masih berada di dalam wad di Hospital Kajang kerana perlu menjalani pembedahan untuk pemasangan skru dan plate.
 
Semoga pembedahan berjalan dengan lancar dan ALLAH kurniakan kesembuhan segera kepada pelajar. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
 
Scroll to Top