HARI PERTAMA INDUKSI PELAJAR BAHARU SESI 0326
Hari Pertama Program Induksi Pelajar Baharu telah berlangsung secara atas talian dengan jayanya dalam suasana yang teratur dan penuh semangat.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai persekitaran kampus, sistem pembelajaran, peraturan akademik serta peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Pelajar turut diberi penerangan berkaitan struktur organisasi, kemudahan yang disediakan serta sokongan perkhidmatan pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Pengisian Aktiviti:
- Slot Ice Breaking
- Taklimat Akademik oleh Timbalan Pengarah Akademik
- Taklimat Hal Ehwal Pelajar oleh Timbalan Pengarah HEP
- Slot Sehati Sejiwa Bersama MPP
- Taklimat Seksyen Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Taklimat Seksyen Rekod Pelajar
- Slot Virtual City Tour (Video)
- Taklimat Ketua Program
Sepanjang sesi berlangsung, pelajar menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar menyesuaikan diri dengan lebih yakin dan bersedia untuk memulakan sesi pengajian.
Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan akademik yang cemerlang dan penuh kejayaan.