
HARI PERTAMA MAJLIS PERASMIAN INDUKSI & CERAMAH “SCAM ALERT” BERSAMA ASP RAHMAT FITRI BIN ABDULLAH
Hari Pertama: Majlis Perasmian Induksi & Ceramah “Scam Alert” bersama ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah
Program Induksi bagi Pelajar Baharu Sesi Julai 2025 dimulakan dengan Majlis Perasmian Rasmi yang berlangsung pada 7 Julai 2025 bertempat di Auditorium Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Majlis ini menjadi simbolik kepada permulaan perjalanan akademik pelajar baharu yang kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada warga KPTM.
Majlis diteruskan dengan satu sesi ceramah khas bertajuk “Scam Alert” yang disampaikan oleh ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah, seorang pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Dalam ceramah tersebut, beliau memberikan pendedahan mendalam berkaitan isu penipuan siber dan jenayah komersial yang semakin berleluasa, terutamanya melibatkan golongan pelajar dan remaja.
ASP Rahmat Fitri turut berkongsi tips keselamatan, jenis-jenis scam terkini seperti scam kewangan, penyamaran identiti, pinjaman palsu, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pelajar agar tidak menjadi mangsa. Sesi ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar yang menunjukkan minat dan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan digital dan tanggungjawab diri dalam penggunaan teknologi.
Hari pertama ditutup dengan harapan agar para pelajar lebih bersedia, berwaspada dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di samping menjaga keselamatan diri daripada ancaman jenayah siber.