Hubungi Kami
+603 8744 3700

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

JELAJAH HITS SELANGOR : TONJOL KOMITMEN KPTMSB SEDIAKAN JARINGAN ALTERNATIF PENDIDIKAN

JELAJAH HITS SELANGOR: TONJOL KOMITMEN KPTMSB SEDIAKAN JARINGAN ALTERNATIF PENDIDIKAN
 
11 Oktober 2025, Sabtu – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) meneruskan tradisi jelajah pendidikan tinggi kepada komuniti khususnya kepada generasi muda di seluruh negara.
 
Kali ini, karnival Higher Education Tours (HITS) 2025 diadakan di Setia City Mall, Shah Alam, Selangor.
 
Penganjuran HITS 2025 kali ini, diharap dapat dijadikan sebagai inisiatif memperkasakan akses pendidikan tinggi bagi golongan yang disasarkan serta individu yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah (PhD).
 
Acara gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, YBhg. Dr. Wan Muhammad Adam bin Wan Norudin.
 
Turut memeriahkan agenda ialah persembahan Zapin oleh Kelab Akarseni KPTM Bangi.
 
Seperti tahun-tahun terdahulu, penganjuran HITS 2025 dikendalikan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (PURE) Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) sebagai urusetia pelaksana, dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
 
Program ini turut disertai oleh cawangan-cawangan KPTM, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), serta beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan University of Cyberjaya (UoC).
 
HITS 2025 bukan sahaja menzahirkan usaha YPM dan IPMA dalam memperluas jaringan pendidikan, bahkan turut mencerminkan komitmen KPTMSB dalam membina masa depan generasi muda melalui peluang pembelajaran sepanjang hayat yang lebih holistik, inklusif dan mampu milik.
 
Turut hadir dalam jelajah HITS Selangor ialah Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Datuk Haji Mohd Haswandi bin Ahmad, Naib Canselor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Sheikh serta beberapa Ahli Pengurusan KPTMSB.
 
Scroll to Top