KL FIGHT INTERNATIONAL MUAYTHAI CHALLENGE

Tahniah atas kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa!
KL FIGHT INTERNATIONAL MUAYTHAI CHALLENGE
📅 14 – 15 Februari 2026
📍 Stadium Titiwangsa
 
Peserta Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Muhammad Farihin Izmie Bin Osman, pelajar Semester 4 Program Diploma in Sports Management (BS101), telah berjaya meraih Pingat Perak dalam kejohanan tersebut.
 
Alhamdulillah, satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja buat beliau, malah mengharumkan nama KPTM Bangi di peringkat antarabangsa.
 
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi!
 
 
Scroll to Top