Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

KPTM Bangi Cemerlang dalam Kejohanan Sukan Utama MASISWA (Fasa 2) 2025

KPTM Bangi Cemerlang dalam Kejohanan Sukan Utama MASISWA (Fasa 2) 2025

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam Kejohanan Sukan Utama MASISWA (Fasa 2) 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 23 Julai 2025 bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kejohanan ini telah melibatkan empat acara sukan utama iaitu:

  • Bola Jaring

  • Bola Tampar

  • Sepak Takraw

  • Tenpin Bowling

Dalam kejohanan tersebut, kontinjen KPTM Bangi berjaya meraih beberapa pencapaian cemerlang terutamanya dalam acara Tenpin Bowling dan Sepak Takraw, antaranya:

Tenpin Bowling:

  • Johan Double Lelaki

  • Johan Berpasukan Wanita

  • Tempat Ketiga Individu Wanita

  • Tempat Ketiga Double Wanita

  • Tempat Ketiga Double Lelaki

  • Tempat Ketiga Berpasukan Lelaki

Sepak Takraw:

  • Johan (Regu)

  • Johan (Beregu)

Bola Jaring:

  • Naib Johan (Wanita)

Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan jurulatih atas semangat juang dan dedikasi yang tinggi. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan fizikal dan strategi pasukan, tetapi juga semangat kesepaduan serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan warga KPTM Bangi.

“We Lead You to Success!”

 
 
Scroll to Top