KPTM BANGI DI MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN KERJASAMA STRATEGIK KPTM SDN. BHD BERSAMA INDUSTRI.
KUALA LUMPUR, 19 November – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini mengukuhkan lagi jaringan strategiknya bersama pelbagai organisasi melalui Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama antara KPTMSB dan Industri yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, selaku tetamu kehormat utama.
Majlis tersebut menandakan komitmen berterusan KPTMSB untuk menjalin hubungan rasmi dan terancang dengan sektor industri dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program akademik, meningkatkan akses latihan industri, memperluas pensijilan profesional serta memudah cara pemindahan teknologi dan kepakaran antara institusi dan rakan-rakan industri.
Pada majlis ini, KPTM Bangi yang diwakili oleh Pengarah, Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad, telah melaksanakan pertukaran dua dokumen kerjasama strategik, iaitu bersama ACCA Malaysia dan Universitas Mahaputra Muhammad Yamin (UMMY), Indonesia.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz; Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Amat Murjan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Encik Yahaya Sani, Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Dr. Wan Muhamad Adam Bin Wan Norudin, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Tuan Haji Radzuan Bin Razali Razali; barisan pengurusan tertinggi MARA dan MARA Corp; barisan pengurusan tertinggi KPTM dan UPTM, Pengarah-pengarah kampus, warga kerja KPTMSB serta rakan-rakan industri.