KPTM Bangi Terima Kunjungan Visiting Lecturer dari Dublin Business School, Ireland
23 Oktober 2025, Khamis.
Auditorium, Bangunan Integrasi, KPTM Bangi.
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Bangi mengalu-alukan kehadiran visiting lecturer dari Dublin Business School (DBS), Ireland.
Selama dua minggu, KPTM Bangi berbesar hati menerima kehadiran ‘Visiting Lecturer‘, iaitu Richard O’Callaghan dari DBS, Ireland, yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga bersama pelajar Program Bachelor of Arts (Hons) in Accounting & Finance, in Collaboration with Dublin Busines School, Ireland (BAAF).
Hari ini menandakan hari terakhir sesi pengajaran beliau di KPTM Bangi. Sepanjang tempoh ini, pelajar telah mendapat pendedahan antarabangsa yang pastinya memberi inspirasi serta memperkukuh pengetahuan dalam bidang pengajian masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada beliau diatas segala ilmu, bimbingan dan kenangan yang ditinggalkan. Semoga segala pengalaman ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pelajar BAAF.