
KPTM Bangi Tingkatkan Kemudahan Pelajar dengan Perasmian Bilik Dobi & Pengering
KPTM Bangi Tingkatkan Kemudahan Pelajar dengan Perasmian Bilik Dobi & Pengering
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah melancarkan bilik dobi baharu di Desasiswa, lengkap dengan sistem pembayaran melalui QR Code dan tunai, serta kemudahan pengering pakaian.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar dalam menjalani kehidupan kampus. Dengan adanya kemudahan dobi yang mudah diakses, pelajar dapat menjimatkan masa dan tenaga, membolehkan mereka fokus kepada aktiviti akademik dan kokurikulum dengan lebih baik.
KPTM Bangi komited untuk terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti demi memastikan pelajar dapat menikmati Awesome Customer Experience.