
KPTM SDN. BHD. RAIKAN 90 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2024
KPTM SDN. BHD. RAIKAN 90 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2024
15 Mei 2025, Khamis – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) meraikan 90 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 terdiri daripada staf KPTM dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM), meliputi kategori Akademik (42), Pentadbiran (15) dan Sokongan (19), di Doubletree by Hilton Lakeside, Putrajaya, hari ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Encik Radzuan bin Razali dan disempurnakan oleh Pengerusi KPTMSB, YB Dato’ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sembilan Anugerah Khas, antaranya:
• Anugerah Pengurusan: Prof. Madya Dr. Syamsul Fozy bin Osman (UPTM)
• Pengajaran & Pembelajaran: Nurul Atikah binti Mustafa (KPTM Kuantan)
• Inovasi: Fahmi bin Odeni (KPTM Alor Setar)
• Khidmat Masyarakat: Marinee binti Mohd Suhaimi (KPTM Kota Bharu)
• Ikon Sukan: Muhammad bin Hassan (UPTM)
Tahun ini juga menyaksikan pengenalan dua anugerah baru, iaitu Transformasi Digital (DWoW) yang menyaksikan kampus KPTM Alor Setar dan KPTM Kuantan merangkul anugerah ini. Manakala bag Anugerah ACCA Platinum, dianugerahkan kepada Institute of Professional Studies, UPTM.
Anugerah Penghargaan Khas turut disampaikan kepada Jabatan Modal Insan, sebagai pengiktirafan atas komitmen cemerlang mereka.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Ahli Lembaga Pengarah, Encik Mohd Fakhzan bin Md Noor, Ahli Lembaga Pengarah, Dr Wan Muhammad Adam bin Wan Norudin, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Syed Sheikh, Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa APC 2024, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengurusan Tertinggi KPTM dan UPTM, Pengarah Kampus Cawangan KPTM dan Pengurusan Kampus-Kampus Cawangan KPTM dari seluruh Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC KPTMSB 2024 dan semoga anda terus berbakti kepada syarikat dengan cemerlang. Jasamu dikenang.