
KURSUS PSYCHOLOGY FIRST AID (PFA) 2025


Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi melalui Pusat Pendidikan Berterusan (PPB) telah menganjurkan Kursus Psychology First Aid (PFA) pada 13 dan 14 Ogos 2025 bertempat di KPTM Bangi.
Seramai 119 orang peserta (termasuk ahli jawatankuasa) terdiri daripada pelajar, kaunselor, ahli pasukan beruniform, jururawat, terapis autisme dan pensyarah telah menyertai kursus ini yang dikendalikan oleh Encik Hairol Kamal bin Hj. Ab. Rahman.







Program ini menjadi medium penting dalam menyokong usaha Kerajaan Malaysia yang menekankan kepentingan kesihatan mental dalam membentuk masyarakat yang sejahtera serta selari dengan aspirasi membangunkan modal insan yang seimbang.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan menjayakan program ini. 
