Lawatan Akademik JPU KPTM Bangi ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka
17 Disember 2025, Rabu
Jabatan Pengajian Umum (JPU) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menganjurkan lawatan akademik ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka sebagai sebahagian daripada aktiviti pendidikan.
Lawatan ini dirancang sebagai salah satu aktiviti pembangunan pelajar dan kakitangan di bawah Jabatan Pengajian Umum.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan kakitangan tentang sejarah sistem pemulihan banduan serta kefahaman langsung mengenai fungsi keadilan dan pelaksanaan undang-undang dalam situasi sebenar.
Program ini juga memberi pendedahan kepada realiti sosial, di mana para pelajar dan kakitangan dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan di dalam penjara berlangsung.
Pendedahan ini diharapkan dapat membuka minda semua terhadap isu-isu seperti keadilan. ketidaksetaraan dan perbezaan dalam kehidupan sosial.
Terima kasih Muzium Penjara Malaysia Melaka sudi menerima kunjangan kami.