
Lawatan Akademik ke Kuala Lumpur Sports City (KLSC)
Lawatan Akademik ke Kuala Lumpur Sports City (KLSC)
Pelajar Program Diploma in Sports Management Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah mengadakan lawatan akademik ke Kuala Lumpur Sports City (KLSC) sebagai sebahagian daripada keperluan Kursus Sport Industry.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan sebenar kepada pelajar tentang operasi dan perkembangan industri sukan masa kini, sekali gus memperkukuh pengetahuan mereka melalui pengalaman lapangan.
Pihak KPTM Bangi merakamkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atas kesudian menerima kunjungan ini serta perkongsian maklumat yang sangat bermanfaat.