Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

Lawatan Panel Pemeriksa Luar Bagi Program Diploma in Entrepreneurship (AB108)

Lawatan Panel Pemeriksa Luar Bagi Program Diploma in Entrepreneurship (AB108)
 
Pada hari Jumaat, 18 Julai 2025, satu sesi lawatan panel pemeriksa luar bagi program Diploma in Entrepreneurship (AB108) telah diadakan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Lawatan ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat 2 (BM2) dan Bilik Bincang.
 
Panel pemeriksa luar bagi sesi ini adalah Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Binti Mohd Tawil, yang turut disertai oleh para pensyarah program AB108. Lawatan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program serta memberi pandangan profesional dalam aspek penambahbaikan kandungan dan penyampaian kursus.
 
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk:
  • Meningkatkan kecekapan pensyarah dalam membentuk graduan berdaya saing dan berfikiran keusahawanan.
  • Mengukuhkan kolaborasi antara pihak akademik dan industri bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa relevan dengan keperluan pasaran semasa.
 
KPTM Bangi amat menghargai sumbangan dan input yang diberikan oleh panel pemeriksa luar dalam usaha memperkasakan lagi mutu pendidikan dan menyediakan pelajar yang bersedia menjadi usahawan pada masa hadapan.
 
 
Scroll to Top