
Lawatan Panel Penasihat Luar Bagi Program Diploma in Teaching of English as a Second Language (BE101)
Lawatan Panel Penasihat Luar Bagi Program Diploma in Teaching of English as a Second Language (BE101)
Pada hari Jumaat, 18 Julai 2025, satu sesi lawatan panel penasihat luar bagi program Diploma in Teaching of English as a Second Language (BE101) telah berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Program ini dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat 2 (BM2) dan Bilik Seminar KPTM Bangi.
Lawatan ini melibatkan kehadiran panel penasihat luar, Puan Siti Noor Farhana Binti Zaipul Bahari, serta turut disertai oleh Dr. Mazani Binti Ismail, Dekan Fakulti Pendidikan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk:
– Menyemak dan menilai kesesuaian silibus bagi subjek-subjek yang ditawarkan dalam program BE101.
– Memberikan nasihat berkaitan penambahbaikan kandungan kurikulum agar lebih selari dengan keperluan industri, termasuk cadangan pendedahan yang lebih meluas kepada dunia pekerjaan sebenar.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPTM Bangi untuk memperkukuh kolaborasi bersama pihak industri serta memastikan program yang ditawarkan kekal relevan, kompetitif dan memenuhi kehendak semasa pasaran kerja.