Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

LAWATAN PELAJAR SMK SG. MANIK KE KPTM BANGI

📅 30 April 2025, Rabu
Lawatan Pelajar SMK Sungai Manik ke KPTM Bangi

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada para pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada 30 April 2025. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai suasana pengajian di institusi pendidikan tinggi serta membuka ruang kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang ditawarkan di KPTM.

Sepanjang lawatan, para pelajar dibawa melawat kemudahan kampus, menyertai sesi taklimat pendidikan, serta terlibat dalam aktiviti interaktif bersama pensyarah dan pelajar KPTM.

Terima kasih diucapkan kepada SMK Sungai Manik atas kesudian berkunjung – semoga lawatan ini menjadi pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan menyambung pengajian ke menara gading.


🎓 Jumpa lagi di masa akan datang – mungkin sebagai pelajar KPTM Bangi pula!

Info Lanjut

Scroll to Top