Lawatan sambil belajar ke Malaysian Institute of Accountant (MIA)
4 Disember 2025 (Khamis)
Lawatan sambil belajar ke Malaysian Institute of Accountant (MIA) yang disertai oleh 31 orang pelajar semester 4 bagi program AA101 dan lima (5) orang pensyarah pengiring ini bertujuan memberi pelajar pendedahan tentang peranan badan profesional dalam mengawal selia profesion perakaunan.
Melalui sesi taklimat dan perkongsian industri yang diberikan oleh pegawai dari bahagian Competency Framework and Development iaitu Puan Nurul Farhana Abdul Raof dan Encik Leong Mun Foong, pelajar dapat memahami fungsi MIA dalam menetapkan piawaian pelaporan kewangan, etika profesional, serta pembangunan profesional berterusan.
Lawatan ini juga membolehkan pelajar menghubungkan pengetahuan akademik dengan amalan sebenar industri, sekali gus memupuk minat dan menyiapkan mereka untuk menceburi kerjaya sebagai akauntan bertauliah.