
LAWATAN SOSIAL KE RUMAH SEWA PELAJAR NON RESIDENT




Program ini bertujuan memastikan kesejahteraan pelajar, memantau disiplin serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang tinggal di luar asrama.
Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPTM Bangi, bersama-sama wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sebanyak empat buah rumah pelajar telah dilawati dalam program berkenaan.
Dalam kesempatan ini, pihak HEP turut menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan mereka.
