LAWATAN SOSIAL KE RUMAH SEWA PELAJAR NON RESIDENT
Prihatin terhadap kesejahteraan pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah melaksanakan Lawatan Sosial ke rumah sewa pelajar non resident di sekitar Bandar Baru Bangi.
Program ini bertujuan memastikan kesejahteraan pelajar, memantau disiplin serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang tinggal di luar asrama.
Dalam kesempatan ini, pihak HEP turut menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan mereka.