Majlis Hi-Tea Industrial Appreciation & Kerjasama Strategik KPTM Bangi 2025

2 Disember 2025
Majlis Hi-Tea Industrial Appreciation dan Kerjasama Strategik Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi 2025
 
Majlis Hi-Tea sempena Industrial Appreciation dan Kerjasama Strategik KPTM Bangi 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 2 Disember 2025. Majlis anjuran Unit Kolaborasi dan Jaringan Industri KPTM Bangi ini telah berlangsung di Royal Park Hotel, Uniten.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad.
 
Sebanyak 25 syarikat dan rakan industri dari pelbagai bidang diraikan atas komitmen dan sokongan mereka dalam memperkukuh hubungan strategik serta memberi penempatan latihan industri kepada para pelajar KPTM Bangi.
 
Majlis ini turut menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik bersama lima (5) organisasi, iaitu:
 
  • Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Associstion Chartered Certified Accountant (ACCA)
  • YBS Agro
  • PRO MMR
  • Amateur Softball Associstion of Selangor (ASAS)
Sebagai tanda penghargaan, 20 lagi rakan industri menerima Sijil Penghargaan atas kerjasama berterusan mereka dalam memberikan peluang penempatan latihan industri kepada pelajar.
 
Majlis ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan rakan industri, tetapi juga mengukuhkan sinergi antara dunia akademik dan industri ke arah melahirkan graduan yang lebih kompeten, bersedia dan berdaya saing.
 
Scroll to Top