MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2026

Program Khatam Al-Quran peringkat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi anjuran Kelab Kakitangan Dan Kebajikan (KEKABA) bersama Jawatankuasa Surau Muhammad Al-Fateh KPTM Bangi telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini (10 Mac 2026, Selasa).
 
Acara khatam yang disusuli dengan alunan qasidah yang diketuai oleh Ustazah Arifah telah menyaksikan penyertaan seramai 126 peserta dari kalangan staf KPTM Bangi.
 
Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar pada bulan Ramadan tahun ini dan akan terus istiqamah serta memberi manfaat kepada semua.
 
Acara yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad ini adalah hasil penat lelah dari inisiatif Ustazah Nurul Asmat dan pasukan beliau dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.
 
Insha allah ada rezeki kita bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan.
 
 
Scroll to Top