
MALAM CITRAWARNA 2025: PAMER PERSEMBAHAN CEMERLANG, KPTM BANGI MUNCUL JUARA
MALAM CITRAWARNA 2025: PAMER PERSEMBAHAN CEMERLANG, KPTM BANGI MUNCUL JUARA
31 May 2025, Sabtu – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi berjaya merangkul gelaran Juara dalam pertandingan Citrawarna KPTM Se-Malaysia 2025, pada malam Sabtu di Dewan Utama, KPTM Ipoh.
Mempamerkan persembahan tarian yang cemerlang, KPTM Bangi turut merangkul anugerah Koreografi Terbaik.
Manakala Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dinobat sebagai Naib Juara, dan KPTM Batu Pahat di tempat ketiga.
Malam Citrawarna yang dianjurkan KPTM Ipoh dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Kenegerian Negara dan Citra Malaysia Colours of Malaysia ini, telah mengangkat tema ‘Seni Silam Warisan Gemilang’ .
Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd., Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussein, pengurusan tertinggi KPTM dan UPTM serta semua pengarah kampus cawangan KPTM.
Tiga kategori utama telah dipertandingkan dalam edisi kali ini:



⸻














Acara turut dimeriahkan dengan persembahan selingan Teater Muzikal oleh kumpulan Cendana Sari dari KPTM Ipoh yang menampilkan keindahan budaya Perak menerusi tarian dan makanan tradisi negeri tersebut.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang! Semoga semangat dan kreativiti seni budaya terus disemarakkan dalam kalangan warga KPTM dan UPTM.