
Meriah betul pertandingan tarik upih Hari Sihat KPTM Bangi!
8 Oktober 2025, Rabu.
Meriah betul pertandingan tarik upih Hari Sihat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi!
Riuh satu padang bila staf KPTM Bangi turun bertanding dalam pertandingan tarik upih — penuh dengan gelak tawa, semangat dan sorakan padu dari rakan-rakan!
Walaupun penat, semua tetap enjoy dan bagi komitmen terbaik. Yang penting bukan siapa menang, tapi semangat kerjasama dan keseronokan yang kita kongsi bersama.
Inilah semangat Hari Sihat sebenar — sihat tubuh, sihat minda dan eratkan ukhuwah sesama warga KPTM Bangi!