
Pendedahan Implikasi Undang-Undang kepada Pelajar Non-Resident KPTM Bangi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) KPTM Bangi telah menjemput Inspektor Zuraidah Binti Abdullah, Ketua Cawangan Kepolisian Am Komuniti IPD Kajang pada 21 Ogos 2025 untuk menyampaikan ceramah ringkas berkaitan Implikasi dari Segi Undang-Undang terhadap Kelakuan Tidak Bermoral, Mengganggu Ketenteraman Awam dan yang Seumpama Dengannya.
Ceramah ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Non-Resident Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan tujuan memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai undang-undang, kes-kes jenayah serta implikasinya sekiranya pelajar terlibat dalam salah laku tersebut.
