Peperiksaan Akhir Program AA231 KPTM Sesi 0126
Untuk makluman semua pelajar program AA231, Peperiksaan Akhir Sesi 0126 akan dilaksanakan bermula dari 20 April 2026 sehingga 6 Mei 2026.
Semua pelajar perlu mematuhi ketetapan berikut :
- Menjelaskan semua yuran pengajian.
- Membuat penilaian SIE dalam sistem CMS.
- Mencetak Slip Menduduki Peperiksaan dari sistem CMS.
- Mencetak Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan (pautan akan dikongsikan kemudian oleh pihak kewangan).
- Pelajar DIWAJIBKAN membawa Slip Menduduki Peperiksaan, Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan kad ID pelajar / Mykad pelajar semasa memasuki dewan peperiksaan.
- Pelajar TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam dewan peperiksaan sekiranya GAGAL membawa bersama dokumen tersebut.
- Pelajar diminta HADIR 20 MINIT AWAL ke dewan peperiksaan.
- Pelajar yang tidak hadir peperiksaan Tanpa Sebab akan diberi status Gagal (ABX) bagi kursus yang berkenaan.
- Pelajar berkeperluan khas perlu menghantar surat permohonan kepada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) melalui Seksyen Perkhidmatan Akademik (SPA) selewat-lewatnya pada 14 April 2026 (Selasa).
- Pelajar yang sakit atau mempunyai sebab-sebab lain tidak dapat hadir peperiksaan, perlu mengisi Borang Permohonan Peperiksaan Khas dan sertakan bukti (MC asal atau lain-lain) ke Kaunter Seksyen Perkhidmatan Akademik dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh peperiksaan.
Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan yuran, sila berhubung dengan bahagian Kewangan KPTM Bangi.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan, sila ke Pejabat Seksyen Perkhidmatan Akademik.
Selamat Menduduki Peperiksaan.
Semoga semua pelajar berjaya menjawab peperiksaan dengan cemerlang.