Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi November 2025
Untuk makluman semua pelajar program Diploma, Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi November 2025 akan dilaksanakan bermula dari 11 Mac 2026 hingga 6 April 2026.
Pelajar DIWAJIBKAN untuk
- Menjelaskan semua yuran pengajian.
- Mencetak Slip Menduduki Peperiksaan melalui sistem SPMP.
- Membawa Slip Menduduki Peperiksaan yang telah dicop dari Kaunter Kewangan bersama kad ID pelajar / Mykad pelajar semasa memasuki dewan peperiksaan.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam dewan peperiksaan sekiranya GAGAL membawa bersama dokumen tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila ke Kaunter Seksyen Perkhidmatan Akademik.
Terima kasih.