PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK KPTM BANGI BERSAMA MALAYSIA CRICKET ASSOCIATION

13 Januari 2026, Selasa.
 
Satu sesi perbincangan kerjasama strategik telah diadakan antara Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dan Malaysia Cricket Association (MCA) bagi meneroka peluang KPTM Bangi sebagai laluan pendidikan kepada atlet kriket, di samping memperkukuh kolaborasi dalam pembangunan sukan serta bakat pelajar.
 
Sesi ini disertai oleh Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, Ahli Pengurusan serta Unit Kolaborasi KPTM Bangi. Turut hadir mewakili MCA ialah Dr. Faidz Abd Rahman, Naib Presiden Malaysia Cricket dan Encik Mohamed Rozlan, Pengarah Pembangunan Malaysia Cricket dan Encik Hamrizal bin Haris dari Ahli Jawatankuasa Pembangunan Malaysia Cricket.
 
Semoga hasil daripada perbincangan ini dapat memperkukuhkan lagi kolaborasi dan pembangunan sukan samada di KPTM Bangi dan masyarakat.
 
Scroll to Top