
PERKONGSIAN BERSAMA JAIS DI KPTM BANGI


Â
Pada 14 Ogos 2025, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menjemput Ketua Unit Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Hulu Langat bagi menyampaikan nasihat serta perkongsian mengenai peraturan dan undang-undang yang melibatkan JAIS.
Â
Majlis yang berlangsung di Surau Al-Fateh, KPTM Bangi ini telah dihadiri oleh mentor dari kalangan pensyarah serta para pelajar, dan program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTM Bangi.
Â
Selain perkongsian ilmu, JAIS turut menyumbangkan makanan tengah hari kepada para pelajar yang hadir sebagai tanda penghargaan.
Â
Semoga ilmu dan panduan yang disampaikan dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman warga KPTM terhadap kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang syariah.
Â