Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

program 'AFTER DIPLOMA IN ACCOUNTING THE FUTURE'

Muhammad Nabil (Alumni KPM Beranang) Berkongsi Pengalaman Belajar di KPTM Bangi bagi program Bachelor Of Arts (Honours) in Accounting and Finance 3+0 In Collaboration With Dublin Business School, Ireland (BAAF) kepada pelajar di KPM Beranang.
 
Pada 20 Jun 2025, Jumaat, Program ‘AFTER DIPLOMA IN ACCOUNTING : THE FUTURE‘ telah berlangsung di Lecture Theatre 2, KPM Beranang. Program ini telah disampaikan oleh pegawai dan pensyarah dari KPTM Bangi, dan turut serta, Muhammad Nabil Bin Mohd Safrie yang merupakan salah seorang alumni dari Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, Selangor.
 
Beliau merupakan salah seorang graduan dari KPTM Bangi bagi program Bachelor Of Arts (Honours) in Accounting and Finance 3+0 In Collaboration With Dublin Business School, Ireland (BAAF). Beliau telah menamatkan pelajaran bagi program BAAF pada awal Mei 2025 yang lepas dan memulakan kariernya sebagai Management Trainee (Finance Executive) di ECRL.
 
Menerusi sesi perkongsian inspirasi di KPM Beranang, Nabil bukan sahaja berkongsi pengalaman akademik dan cabaran di alam pekerjaan, tetapi juga memberi semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan supaya terus berjaya.
 
Terima kasih kepada Nabil atas keprihatinan dan kesudian kembali menyumbang kepada komuniti pendidikan MARA. Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua pelajar!
 
 
Scroll to Top