Program CSR Bakul Iftar Ramadan 1447H

Program CSR Bakul Iftar Ramadan 1447H
 
Alhamdulillah, pada 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H, Jabatan Perakaunan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan kerjasama Masjid Kariah Bangi telah berjaya menganjurkan Program CSR Bakul Iftar Ramadan.
 
Program ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial Jabatan Perakaunan KPTM Bangi dalam usaha berkongsi rezeki serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
 
Melalui program ini, sebanyak 50 keluarga asnaf dari Kariah Bangi telah menerima sumbangan Bakul Iftar Ramadan bagi membantu menyediakan juadah berbuka puasa.
 
Semoga usaha kecil ini memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi asbab keberkatan buat semua pihak yang terlibat.
 
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Masjid Kariah Bangi, Ketua Kampung Bangi Lama, AJK serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
 
 
Scroll to Top