Program CSR : Biodiversity Conservation
Program CSR : Biodiversity Conservation
Seramai 35 pensyarah berserta 40 pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah bersama-sama menjayakan Program Penanaman Pokok Bakau pada 18 Oktober 2025 di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Mukim Jeram, Selangor.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan memelihara ekosistem bakau, tetapi turut memupuk semangat tanggungjawab sosial dan cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan warga KPTM.
KPTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Daerah/Tanah Kuala Selangor dan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau serta Perhutanan Negeri Selangor, kerana memberi ruang kepada warga KPTM bersama-sama menjayakan program bermakna ini.