PROGRAM CSR DI ZOO NEGARA MALAYSIA
Seramai 32 orang pelajar Semester 5 Diploma in Teaching of English as Second Language (TESL) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Bangi telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Zoo Negara Malaysia pada 18 Januari 2026.
Program sukarelawan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menyumbang tenaga melalui aktiviti pembersihan, penyelenggaraan kawasan serta membantu menjaga kebajikan persekitaran haiwan. Inisiatif ini bukan sahaja memupuk nilai kesukarelawanan, malah menyemai rasa tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen dan semangat kerjasama yang ditunjukkan.