Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

Program I-Community Sejahtera

9 Julai 2025 | Rabu

Timbalan Pengarah Akademik KPTM Bangi, Puan Hasniah binti Ismail telah turut serta dalam menjayakan Program I-Community Sejahtera yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program ini telah berlangsung di Rumah Seri Kenangan, Seremban, Negeri Sembilan dengan kerjasama pelajar tahun akhir (Tahun 3) Program Bachelor in Accountancy and Finance (BAAF) dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi.

Kehadiran Puan Hasniah bukan sahaja sebagai wakil pihak pengurusan akademik KPTM Bangi, malah beliau turut turun padang membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk khidmat masyarakat yang telah dirancang sepanjang program tersebut. Penglibatan secara langsung ini mencerminkan komitmen KPTM dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar, seiring dengan aspirasi institusi untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga prihatin terhadap masyarakat.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati komuniti warga emas serta menanam nilai empati, hormat dan tanggungjawab sosial yang tinggi. Pelbagai aktiviti interaktif turut dijalankan bersama penghuni rumah jagaan bagi menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan antara generasi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat atas penganjuran dan penyertaan yang penuh bermakna ini. Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan demi membina masyarakat yang lebih sejahtera dan penyayang.

Facebook Rasmi KPTM Bangi

#jommasukkptmbangi
#KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #UPTM #kptmofficial
#institusipendidikanmara #jommasukkptm #jomsambungbelajar #nextlevelofexcellence

Scroll to Top